Thursday, 14 June 2018

(Laporan) Laporan Kem Sains

Pendahuluan
Bilangan peserta, tempat an masa diadakan.
Seramai 100 orang murid Tahun Lima sekolah ini telah menyertai Kem Sains yang diadakan pada l3 September yang lalu di Hutan Lipur Ulu Yam,Gombak.


Isi 1
Tujuan kem - murid-murid mempratikkan pengetahuan sains
Program yang diadakan buat kali yang keempat ini bertujuan memberi peluang kepada murid-murid untuk menggunakan pengetahuan yang dipelajari di dalam kelas.


✍ Isi 2
Menarik minat murid terhadap mata pelajaran sains
Pendekatan pembelajaran secara praktikal ini dapat menarik minat terhadap mata pelajaran Sains yang dianggap sebagai mata pelajaran yang membosankan.


✍ Isi 3
Aktiviti-aktiviti yang diadakan - pertandingan syarahan, kuiz, mengkaji tumbuhan dan sebagainya.
Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan syarahan, kuiz dan sebagainya. Aktiviti mengkaji tumbuhan hutan berdasarkan ciri fizikal dan taburan pertumbuhannya di sepanjang laluan trek turut diadakan.


Isi 4
Harapan terhadap aktiviti yang diadakan - membantu murid mempelajari mata pelajaran Sains
Aktiviti ini diharapkan dapat membantu murid mempelajari mata pelajaran Sains dengan cara yang lebih mudah. Selain itu, aktiviti ini juga diharapkan dapat menyedarkan murid tentang sumbangan dan kepentingan Sains.


Penutup
Harapan - peserta mendapat manfaat daripada aktiviti yang diadakan
Semoga para peserta mendapat manfaat yang amat berguna daripada aktiviti yang diadakan.



Contoh Karangan


LAPORAN KEM SAINS KELAB SAINS  SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) TUN TAN CHENG LOCK
  
        Seramai 100 orang murid Tahun Lima sekolah ini telah menyertai Kem Sains yang diadakan pada l3 September yang lalu di Hutan Lipur Ulu Yam,Gombak.
  
        Program yang diadakan buat kali yang keempat ini bertujuan memberi peluang kepada murid-murid untuk menggunakan pengetahuan yang dipelajari di dalam kelas.
  
        Pendekatan pembelajaran secara praktikal ini dapat menarik minat terhadap mata pelajaran Sains yang dianggap sebagai mata pelajaran yang membosankan.

        Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan syarahan, kuiz dan sebagainya. Aktiviti mengkaji tumbuhan hutan berdasarkan ciri fizikal dan taburan pertumbuhannya di sepanjang laluan trek turut diadakan.

        Aktiviti ini diharapkan dapat membantu murid mempelajari mata pelajaran Sains dengan cara yang lebih mudah. Selain itu, aktiviti ini juga diharapkan dapat menyedarkan murid tentang sumbangan dan kepentingan Sains.
 
        Semoga para peserta mendapat manfaat yang amat berguna daripada aktiviti yang diadakan.

Disediakan oleh,
22 SEPTEMBER 2018.
JJ Teh
(JIA JI TEH)
Setiausaha,
Kelab Sains,
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tun Tan Cheng Lock

No comments:

Post a Comment